Monday, December 15, 2008

TOYOTA CAMRY 2.4













Assalamualaikum.....

Semalam aku ada terbaca berita dalam paper Kosmo..."Camry mahal: Exco salahkan Kerajaan Pusat"...dan isi kandungannya membuatkan aku tersenyum sinis...

"Exco Perak menyalahkan Kerajaan Pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga yang tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi"

Pergh...Toyota Camry 2.4 tu...memang kereta idaman aku jugak 2. Siapa dalam dunia ni tak mau pakai kereta hebat macam tu kan...tapi kalau nak naik kereta macam tu kena la ada 'income' yang lebat ye tak...kalau setakat kerja makan gaji macam aku ni susah la sket nak beli. Tapi Exco Kerajaan Perak dah nak beli kereta tu...16 buah pulak tu...hebat-hebat. Dari mana lah agak-agaknya Kerajaan Negeri Perak dapat duit sebanyak tu kan...mungkin barisan Exco2nya memang banyak duit kot.

Diorang cakap keputusan untuk nak beli Toyota Camry 2.4 tu kerana kos penyenggaraan Proton Perdana Executive V6 yang terlalu membebankan...(macam pernah dengar ja ayat ni kan)...dan bertujuan untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi kos pembaikan..hahaha....alasan yang paling tidak dimasuk dek akal...

Ayat-ayat macam ni la yang membuatkan aku rasa macam nak tergelak. Kalau Kerajaan negeri Perak beli Toyota Camry 2.4 itupun apa yang rakyat negeri Perak dapat? Bertepuk tangankah mereka apabila Kerajaan Negeri Perak membelanjakan wang mereka untuk membeli Toyota Camry 2.4 untuk keselesaan sendiri? Berbanggakah mereka apabila melihat barisan Exco Negeri Perak menyusur laju dihadapan mereka dengan Toyota Camry 2.4 itu?

Kalau benarlah hendak mengurangkan kos perbelanjaan penyenggaraan kereta...mengapa perlu Toyota Camry 2.4 yang mencecah kos RM167,000.00 sebuah? Kan masih banyak lagi kenderaan yang jauh lebih murah daripada Toyota Camry 2.4 tersebut mengapa tidak memilih yang murah?

Menteri Besar Perak..Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata Kerajaan Negeri akan mengeluarkan RM 2.7 juta untuk membeli kereta tersebut....di zaman kegawatan ini masih ada lagi orang yang sanggup membelanjakan wang dan amanah orang lain untuk keselesaan dan kesenangan sendiri sedangkan rakyat sedang bertungkus lumus membanting tulang menyara keluarga masing-masing....

Fikir-fikirkanlah...

5 comments:

CIVIC Power said...

Camry 2.4 Hybrid mmg mhal. Tpi pada pendapat saya Oil Consumption camry adalah lebih jimat berbanding Perdana V6 exec 2.0. Kos penyelenggaraan V6 adlah hampir sama dengan BMW 3 Series 325. Mungkin Kerajaan Negeri Perak memikirkan pelaburan long terms. Biar berabih dulu jgn berabih kemudian.
Tpi dalam kemelesetan ekonomi skang nie sya pun kurang bersetuju atas tindakan Krjn Ngri Perak utuk membeli 16 buah biji camry tadi.
Wallahualam...

Hatake Kakashi said...

terima kasih atas pandangan saudara Civic...memang tidak disangkal kelebihan kenderaan dari model Hybrid yang sungguh menjimatkan petrol...tapi dalam suasana ekonomi sekarang kan ada lebih baik kita tangguhkan dulu...

Aiman said...

pada pandangan aku baik blikan kereta kancil jer kat diowang sebagai menyokong tindakan untuk berjimat.

kalo orang kerajaan tidak tunjukkan teknik penjimatan yang betul macam maner rakyat nak paham n start berjimat gak...hurm ...

namun begitu, negeri perak memang lain dari ynag lain dari dulu lagi kan...menteri n mufti dier sumernya sungguh mencurigakan...

fikirlah sebaik mungkin..

rasullullah dulu naik unta n kuda tader pun tatahkan emas menunjukkan beliau adalah ketua...

skang menteri mesti pakai kereta mahai ker sebagai tanda seorang menteri???

Pok Li said...

Hidup ini murah kita saja bikin mahal. Teringat kisah Khalifah Omar tidur bawah pokok kurma aje. Bila lagi nak tengok pemimpin kita hidup cara sederhana tu. :)

My Name Is Han said...

memetik kata-kata saudara offamir,"

"...mufti dier sumernya sungguh mencurigakan..."

ermmmm...
apekah yg saudara maksudkan dgn mencurigakan tu ehh..??