Thursday, May 28, 2009

PERBEZAAN : PENANTI & MANEK URAI




Assalamualaikum.....
Hmmmmm....tahun ni memang banyak sungguh la Pilihanraya Kecil.
Memula dulu 3 PRK serentak...Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sebab terjadinya pilihanraya kecil ni sebab kat Bukit Selambau, ADUN dia letak jawatan sebab dia kata dia ngan famili dia kena ugut...hmmm....betoi la kot. PRK Bukit Selambau menyaksikan pertembungan 15 penjuru iaitu BN, PKR dan 13 calon BEBAS....record tu....dan yang menang YB Manikumar dan kesemua calon BEBAS yang bertanding hilang wang pertaruhan....
Kat Bukit Gantang pulak, ADUN dari PAS meninggal dunia. Jadi bila kerusi DUN kosong, kena la ada pilihanraya....jadi bertandingla PAS, BN dan BEBAS...dan menang kat PAS iaitu Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin. BEBAS pun hilang wang pertaruhan.
Kat Batang Ai, Sarawak pun Wakil Rakyat meninggal jugak....dan inilah sesatunya PRK yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional mengalahkan calon PKR.

Yang menariknya....lebih kurang sebulan lepaih tu....ada la sorang ADUN PKR, YB Fairuz yang jugak Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang rasa teringin nak pi sambung blajaq.....jadi dia pun letak la jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan juga ADUN Penanti....dia nak pi sambung belajaq kat Uganda kot sampai nak kena letak jawatan tu...Wallahualam..macam2 la depa ni dok ngarut kan....jadi kosong la kerusi DUN Penanti tu sampai la PRK Penanti pada 31 April 2009. Tapi by -Election ni special sikit sebab BN xmau bertanding....yalah...mana nak bertanding...asik dok gaduh nak buat Pilihanraya ja...depa ni xdak keja lain ka? Orang dah pilih depa pastu letak jawatan pulak....mengelat sungguh....nak tunjuk kata depa ni dapat sokongan rakyat la tu konon....taktik apa la....menipu amanat rakyat Penanti. Piiiirah....jadi bertandingla calon PKR, Dr Mansor Othman ngan 3 orang calon BEBAS..
Bila dah tau BN xmau bertanding, apa lagi....macam2 tuduhan PKR buat kat BN...kata BN takut kalah la...BN dah tak boleh pakai la....pengecut la...macam2 lagi lah...kata la apa pun...
Cuba la pikiaq tengok...buat apa BN nak bertanding kalau PRK Penanti tu sengaja direka-reka oleh PKR untuk kepentingan politik sendiri...alasan letak jawatan xmunasabah langsung....ni..banyak keja lain boleh buat lagi la...lagi orang Penanti nak undi PKR ka? xpayah la....baik la undi calon BEBAS...lagipun kesian la kat depa asik dok hilang duit pertaruhan ja...bagi depa menang pulak kan...hmmm...jadi...PRK Penanti menjadi titik tolak perubahan rakyat di Penanti untuk menentukan untung nasib calon2 BEBAS yang bertanding.

Dan baru2 ni...ADUN Manek Urai, Kelantan, YB Ismail Yaakob telah meninggal dunia lalu terjadilah kekosongan kerusi DUN Manek Urai. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham....al-Fatihah.
Jadi SPR mengesahkan ada PRK di Manek Urai pada 14 Jun 2009...tapi yang ni BN bertanding..haaa....pasaipa? Nak tau pasaipa kat Penanti BN xmasuk tapi kat Manek Urai masuk sedangkan di Kelantan memang diketahui dari dulu lagi dipegang PAS? Sebab:
1. PRK Penanti sengaja diada-adakan oleh PKR untuk mengukuhkan pengaruh politik mereka. Sedangkan kekosongan di Manek Urai adalah atas sebab yang xdapat dielakkan, kematian.
2. BN xmasuk di Penanti bukan sebab takut tetapi prinsip dan tidak mahu membebankan rakyat....jadi atas prinsip itulah BN tetap bertanding di Manek Urai walaupun mengetahui peluang untuk menang adalah tipis.

Itulah bezanya PRK Penanti dan PRK Manek Urai....boleh beza kan? kalau xboleh beza pi masuk sekolah lain....ha...nanti pasai result di Penanti saya post lain...
Wassalam....sama-samalah kita fikirkan....

Wednesday, May 20, 2009




BN Supporters In Penanti Have A Choice

BUTTERWORTH, May 20 (Bernama) -- A contest in the Penanti state by-election on May 31 will leave supporters of the Barisan Nasional (BN), which is skipping the by-election, with the choice of voting for any independent candidate or staying away from the polls, according to a political analyst.

Dr Sivamurugan Pandian, deputy dean of the School of Social Sciences of Universiti Sains Malaysia (USM), said that as such it was not an impossibility for the percentage of voter turnout to see a drastic drop.

The BN is not contesting in the by-election, nomination for which is on Saturday, as it feels the vacancy "is not provided for in the constitution" because assemblyman Mohammad Fairus Khairuddin of Parti Keadilan Rakyat (PKR) resigned for the purpose of taking up post-graduate studies.

Dr Sivamurugan said he expected many BN supporters to stay away from the polls owing to their loyalty to the coalition.

"The support for an independent candidate may be in terms of protest votes because the BN is not fielding a candidate. They would not want to support the PKR. As such, they may support an independent candidate," he told Bernama.

PKR is expected to field its Penang deputy chairman Dr Mansor Othman, 56.

Former Penang PKR Wanita chief Aminah Abdullah and a businessman, Mohd Saberi Othman, have indicated interest in contesting as independent candidates.

Several BN supporters said they have yet to decide whether to vote in the by-election.

"I want to see who the independent candidates are. We want a representative who can champion our cause. I may not vote at all," said Zakiah Bakar, 27.

A 65-year-old woman who identified herself as Yeoh said she would only support a candidate she felt could help the constituents.

"We do not want a repeat of what has happened. The assemblyman resigned all of a sudden. Let's wait until Saturday (nomination day). Let's see who the candidates are," she said.

Gerakan secretary-general Teng Chang Yeow said the party felt that the elected representative must be one who could serve the people.

"Let's see who the candidates are. For sure, we do not want our supporters in Penanti to vote for the PKR candidate," he said.

He said the party would discuss with the other BN components on the stand the BN supporters should adopt in the by-election.

Meanwhile, Umno is leaving it to its supporters in Penanti to decide on what they felt was the best choice for their future.

Penang Umno Liaison Committee secretary Datuk Azhar Ibrahim said the party had not issued any directive to its supporters on the by-election.

"It's their choice. However, don't tell me our supporters will vote for the PKR. We cannot blame them if they do not go to the polls," he said.

The Penanti state constituency has 15,384 electors. In the general election in March last year, Mohammad Fairus garnered 7,346 votes to beat Datuk Abdul Jalil Abdul Majid of the BN who polled 5,127 votes.



-- BERNAMA



Hmm....betullah tu apa yang BERNAMA tulis tu...
Bila keluaq berita kata BN tak bertanding kat Penanti ni....pengundi2 yang selama ni dok undi BN takkan nak undi PKR plak kot kan...agak-agak la...
Apa yang PKR boleh buat....letak jawatan pandai la...
Aku dah agak mesti BN tak bertanding punya...nak bertanding buat apa kan....PKR ni sapa kita nak ikut rentak dia kan....tak senonoh...nak sambung belajaq sampai kena letak jawatan....orang yang dok keja pon buleh nak pi sambung blajaq tanpa berenti keja....siap dapat biasiswa n dapat gaji lagi....mengada-ngada betoi PKR ni...bongok.
Alasan tak masuk dek akai...pastu dok gaduh BN saja bagi alasan tak mau bertanding kat Penanti....suka hati orang la nak bertanding ka tak mau...:p(wekkk)...depa yang tak senonoh nak mengata kat orang pulak....

Wahai orang2 Penanti....jangan la dok terpedaya lagi ngan janji-janji PKR ni....depa ni mengarut ja lebih.....Dr Mansor tu dah la Dr....nanti buat dia nak pi sambung blajaq lagi pulak...nak cari ubat virus selsema babi plak ka...dah nak letak jawatan lagi...ooohhh...larat nak buat pilihanraya lagi....SPR pun blanja duit banyak ooo nak buat pilihanraya kecik pun....PKR ni bab2 nak perabih duit Kerajaan pandai la...pastu dok gaduh la minyak naik la...harga barang mahai la....yang hangpa memandai perabih duit kerajaan tu pasaipa?

Pengundi2 di Penanti....marilah kita sama2 berikrar...jangan mengundi calon PKR...ngabihkan boreh yo....hahaha...biaqla kita undi calon BEBAS....mudah-mudahan calon BEBAS tu nanti berpihak kepada BARISAN NASIONAL....

Monday, April 6, 2009

JANGAN JADI BODOH!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......(kalau nak bagi salam pun biar la betul dulu, jangan main hentam kromo ja)

Saya sedih sangat....tersangat la sedih melihat Islam kini sudah dipermainkan dan dipersendakan oleh orang bukan Islam semata-mata untuk tujuan politik.
Bertambah-tambah sedih bila ada orang Melayu dan Islam yang menyokong dan mempertahankan tindakan Nga Kor Ming yang membaca potongan ayat al-Quran dan membaca di khalayak yang rata-ratanya orang Islam dan mereka pula bersorak gembira. Boleh tak tuan2 yang mempertahankan tindakan Nga Kor Ming tersebut terangkan kepada saya....adakah surah Aura dalam Al-Quran? Betul ka bacaannya? Betul ka tajwidnya?

Ya...memang betul la dia tak berdosa kalau baca salah pun sebab dia dah memang tak termasuk dalam golongan kita yang beragama Islam ni...depa kalau makan b..i dan minum arak pun tak salah....kalau depa berkhalwat dengan orang Islam dan kena tangkap pun depa terlepas...orang Islam yang kena...saya tak mau la cakap lebih-lebih sebab nanti akan menimbulkan sentimen2 lain pulak. Paham tak ni?

Lagi satu, memang la tak salah orang bukan Islam membaca ayat2 al-Quran, tapi kalau kita imbas balik dulu-dulu...orang bukan Islam ni baca al-Quran untuk mengkaji isi kandungan al-Quran untuk tujuan ilmu. Di dalam al-Quran ni ada pelbagai panduan kehidupan untuk setiap insan di muka bumi ini. Orang bukan Islam kaji untuk dapat ilmu hinggakan bila depa memahami isi kandungan al-Quran itu depa sendiri dengan rela hati memeluk agama Islam yang suci ini. Bukannya dibaca semata-mata untuk tujuan politik yang busuk ni!!!!! Bodoh!!!!!
(maaf....saya betul2 marah)
Betapa indahnya ayat2 al-Quran ini bila dibaca dengan memahami setiap terjemahannya. Mengapa kita nak membiarkan orang yang tidak beriman ini merosakkan keindahan al-Quran dan Islam itu sendiri...malang sungguh kepada sesiapa yang menyokongnya.

Justeru, saya menyeru kepada sesiapa yang pernah terlintas dihati mereka untuk menyokong Nga Kor Ming ni....fikir-fikirkanlah semula...jangan disebabkan terlalu taksub dengan politik ni kita pun terikut nak jadi bodoh jugak...jangan jadi bodoh la...tuan2 ada otak dan akal yang Allah dah kurniakan ni, gunalah untuk berfikir...jangan dok buat perhiasan ja.

Fikir-fikirkanlah.




Tuesday, March 17, 2009

Pertama Kali....

Assalamualaikum wbt...

Kali ni aku nak cita hal peribadi aku la sket.....malas nak campur hal2 luar lagi....

Ok...14hb Mac 2009 hari Sabtu jam 10.00 pagi.
Buat pertama kalinya aku secara rasmi telah menjadi juruacara.
Bagi new intake mcm aku ni....mesti la berdebar dan rasa teruja pun ada....
Majlis pun bukan calang2 beb...YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mai. Majlis Program Hari Penternak, Petani dan Nelayan Peringkat Negeri Pulau Pinang....buat dekat Padang Awam Penaga, Kepala Batas, Penang.
Aduh...berpeloh jugak la tapak kaki...bukan tapak kaki ja...tapak kasut sekali berpeloh ha...

Tapi yang sedihnya....sekali aku terbuat spoil la....sekali aku tersasul sebut Program Hari Penternak, Petani dan Nelayan Peringkat Negeri Sembilan....sebenarnya aku nak sebut Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009......aku harap2 majlis 2 x spoil....terlampau excited..hahaha
tapi malu beb....crowd dah gelak kat aku...aku x berani tgk kat VVIP...

tapi lepas 2 aku jadi confident.....sampai la habis majlis semua lancar...cuma ada sikit2 gagap....
dalam majlis 2 jugak, YB Dato' Mustapa Mohamed ada bagi sijil Penghargaan dan sumbangan dari LKIM dan YaNeM berjumlah RM 4,000 kat adik Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar paling bijak dalam Malaysia. Result SPM dia 19 1A dan 1 2A....pergh....MANTHOP!!!
Depa bawak dia dari Kota Bharu Kelantan untuk bagi penghargaan 2. Apa yang buatkan aku rasa terharu, Nik Nur Madihah ni seorang anak nelayan yang hidup dalam seba kedaifan...tetapi mampu mencapai keputusan yang cemelang, gemilang dan terbilang....ia menjadi contoh kepada pelajar2 lain yang mempunyai semua kelengkapan untuk belajar...

Majlis 2 habis around kul 1.00 tgh hari....Alhamdulillah....habis jugak kerja aku...
Majlis 2 memberikan aku satu pengalaman yang cukup berharga....
InsyaAllah suatu hari nanti aku akan melakukan yang lebih baik lagi....

Monday, February 9, 2009

Jangan Biadap



Assalamualaikum w.b.t.

Seminggu yang berlalu menyaksikan satu pergolakan politik telah melanda negara kita yang tercinta khususnya di negeri Perak.

Pergolakan politik yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak telah tumbang kepada kerajaan Barisan Nasional di mana 3 daripada ADUN Pakatan Rakyat, 2 daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 1 daripada DAP telah keluar daripada parti dan menyokong Barisan Nasional di bawah payung BEBAS.

Senario ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada seluruh rakyat negeri Perak dan tempiasnya turut dirasai seluruh rakyat Malaysia. Sudah menjadi resam....permainan politik adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka...bak kata pepatah yang selalu dimainkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai!' Dan inilah yang sedang dihadapi beliau dan seluruh parti komponen di dalam Pakatan Rakyat. Ombak besar telah melanda politik negeri Perak yang menyaksikan sebilangan golongan telah tenggelam bersamanya...termasuklah segelintir penyokong Parti Pakatan Rakyat yang telah jauh hanyut sehingga telah melupakan asal usul dan susur galur bangsa Melayu sehingga sanggup bertindak biadap terhadap Institusi Kesultanan Perak. Alangkah sedihnya apabila melihat orang2 Melayu dan Islam berhimpun dan merusuh di jalanan, menghina Sultan Azlan Shah...dan menghalang Raja Muda Dr Nazrin daripada memasuki Istana.

Lupakah mereka akan adab dan sopan? Lupakah mereka kepada hukum dan hakam? Islam tidak mengajar umatnya untuk bermusuh sesama Islam....berlebih lagi kepada Pemimpin yang beragama Islam. Ambillah iktibar daripada penderitaan rakyat Palestine yang dizalimi Yahudi...itu sebenarnya musuh Islam...bukan sesama Islam. Penduduk seluruh dunia melihat segala perilaku umat2 Islam...dan mereka juga melihat orang2 Islam..berketayap putih di atas kepala merusuh di jalanan, membaling batu kepada polis dan menghina Sultan....dan cuba anda semua fikirkan...apakah tanggapan mereka kepada umat Islam? Jangan melenting kalau umat Islam di Malaysia khususnya dilabel sebagai pengganas dari mata mereka kerana inilah yang ditunjukkan oleh kita kepada mereka..bagaimana umat Islam hendak dihormati sekiranya beginilah tingkah laku kita.....sedarlah wahai saudara2ku....jangan diperkecilkan lagi kesucian agama Islam....melaung takbir penuh bersemangat tetapi tidak ditempatnya....

Saya ini bukannya hendak mengajar...tetapi sebagai seorang Melayu dan Islam...saya berasa marah dan malu dengan penyokong Parti Pakatan Rakyat yang telah menjatuhkan martabat orang Melayu dan Islam. Juga menjatuhkan maruah Kesultanan Melayu.

Fikir-fikirkanlah.....Assalamualaikum w.b.t.

Tuesday, December 16, 2008

Sathia dan Bola Sepak Malaysia


FAM kekal sentuhan Sathianathan:
Kontrak setahun bersyarat, tingkatkan ranking dunia PENYINGKIRAN yang dijangka, sambungan kontrak pula menjelma. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam memutuskan untuk menawarkan sambungan kontrak setahun buat jawatan ketua jurulatih negara kepada B Sathianathan. Namun sambungan ditawarkan Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan FAM itu hadir bersyarat – peningkatan ketara skuad negara dalam ranking dunia serta prestasi memberangsangkan pada pusingan kelayakan Piala Asia 2011, bermula bulan depan.

Pada akhbar Harian metro hari ini mendedahkan pengakuan ikhlas daripada bekas pemain kebangsaan...Sarbageth Singh @ Shebby yang secara terang2 kecewa dengan tindakan FAM melanjutkan kontrak ketua jurulatih negara B.Sathianathan. Menurut beliau...FAM masih tidak ada cita2 untuk menaikkan ranking negara dan lebih cenderung untuk melihat pasukan kebangsaan tewas dalam perlawanan.....

Saya bersependapat dengan Shebby...bukan untuk menunjukkan saya ini pandai dalam permainan bolasepak...atau juga untuk mengaibkan mana2 pihak...tetapi ini adalah cetusan rasa tidak puas hati dari seorang rakyat Malaysia yang cintakan Negara dan pasukan bolasepak Kebangsaan...

Apa yang saya dapat lihat sepanjang penglibatan B.Sathianathan dalam melatih skuad kebangsaan tidak ada yang dapat dibanggakan sangat melainkan melayakkan diri ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2008 yang lalu...kemudian tewas kepada pasukan Vietnam u-23.

Apa yang saya perhatikan...yang tidak memuaskan hati saya ialah kecenderungan jurulatih B.Sathianathan dalam memilih pemain yang menyarung jersi skuad kebangsaan. Rata2 pemain yang mewakili pasukan Malaysia adalah pemain dari pasukan yang tidak cemerlang dalam Liga Malaysia. Kalau difikirkan secara logik akal...jika pemain sesebuah pasukan itu berkebolehan dan bagus...tentu pasukan itu akan mengebudi carta teratas liga...tetapi pemain2 dari pasukan tersebut yang mewarnai pasukan kebangsaan. Di manakah timbang rasa akal logik seorang jurulatih dalam memilih pemainnya? Sedangkan pemain2 dari pasukan yang berada persada Liga dan menjuarai liga tersisih dari menyumbang bakti kepada negara..

Pada pengamatan saya hanya 4 orang pemain sahaja yang bermain untuk skuad kebangsaan yang betul2 layak...Safee Sali, Indra Putra Mahyuddin, Hardi Jaafar dan Norhafiz Zamani Misbah....yang lain2 hanyalah sekadar menghiasi padang dengan gaya rambut dan fesyen seolah olah dia adalah pemain yang hebat dan bagus....

Persoalan saya....mengapakah tidak disenaraikan Khyril Muhymeen sebagai kesebelasan utama? Mengapakah tidak disenaraikan Badrul Bakhtiar (Kedah) yang telah menimba ilmu di Chelsea? Kedua-dua pemain dari pasukan Liga Super Kedah ini adalah pemain yang sangat lincah di atas padang dan mampu mengucar kacirkan kubu pertahanan lawan...Victor Andrag merupakan seorang pemain pertahanan yang mantap dan gandingan beliau bersama Cornellius Bernard Huggings suatu masa dulu menjadikan pasukan Kedah kebal di bahagian pertahanan. Bukannya saya hendak bersikap pilih kasih kerana saya berasal dari Kedah dan penyokong setia skuad Hijau Kuning, tetapi itu adalah kenyataan yang harus diterima..mengapa perlu dipinggirkan pemain2 yang mempunyai bakat semulajadi bermain bolasepak yang bagus?

B.Sathianathan dikatakan bebas untuk memilih pemainnya sendiri tanpa campurtangan daripada mana2 pihak termasuklah daripada Majlis Tertinggi FAM sendiri...Namun apa yang dapat diperhatikan, barisan pemain majoritinya adalah pemain yang sama bermain untuk skuad kebangsaan 3, 4 tahun yang lepas sedangkan jurulatihnya bertukar ganti...asyik2 muka yang sama...walau tidak dapat menjaringkan gol dalam liga tetap juga disenaraikan....mengapa boleh jadi begitu?

Saya berharap..FAM tidak lagi menggadaikan maruah bolasepak Malaysia dengan melantik individu yang tidak berkelayakan untuk mengemudi Skuad Harimau Malaysia.
Fikir-fikirkanlah....

Monday, December 15, 2008

TOYOTA CAMRY 2.4













Assalamualaikum.....

Semalam aku ada terbaca berita dalam paper Kosmo..."Camry mahal: Exco salahkan Kerajaan Pusat"...dan isi kandungannya membuatkan aku tersenyum sinis...

"Exco Perak menyalahkan Kerajaan Pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga yang tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi"

Pergh...Toyota Camry 2.4 tu...memang kereta idaman aku jugak 2. Siapa dalam dunia ni tak mau pakai kereta hebat macam tu kan...tapi kalau nak naik kereta macam tu kena la ada 'income' yang lebat ye tak...kalau setakat kerja makan gaji macam aku ni susah la sket nak beli. Tapi Exco Kerajaan Perak dah nak beli kereta tu...16 buah pulak tu...hebat-hebat. Dari mana lah agak-agaknya Kerajaan Negeri Perak dapat duit sebanyak tu kan...mungkin barisan Exco2nya memang banyak duit kot.

Diorang cakap keputusan untuk nak beli Toyota Camry 2.4 tu kerana kos penyenggaraan Proton Perdana Executive V6 yang terlalu membebankan...(macam pernah dengar ja ayat ni kan)...dan bertujuan untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi kos pembaikan..hahaha....alasan yang paling tidak dimasuk dek akal...

Ayat-ayat macam ni la yang membuatkan aku rasa macam nak tergelak. Kalau Kerajaan negeri Perak beli Toyota Camry 2.4 itupun apa yang rakyat negeri Perak dapat? Bertepuk tangankah mereka apabila Kerajaan Negeri Perak membelanjakan wang mereka untuk membeli Toyota Camry 2.4 untuk keselesaan sendiri? Berbanggakah mereka apabila melihat barisan Exco Negeri Perak menyusur laju dihadapan mereka dengan Toyota Camry 2.4 itu?

Kalau benarlah hendak mengurangkan kos perbelanjaan penyenggaraan kereta...mengapa perlu Toyota Camry 2.4 yang mencecah kos RM167,000.00 sebuah? Kan masih banyak lagi kenderaan yang jauh lebih murah daripada Toyota Camry 2.4 tersebut mengapa tidak memilih yang murah?

Menteri Besar Perak..Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata Kerajaan Negeri akan mengeluarkan RM 2.7 juta untuk membeli kereta tersebut....di zaman kegawatan ini masih ada lagi orang yang sanggup membelanjakan wang dan amanah orang lain untuk keselesaan dan kesenangan sendiri sedangkan rakyat sedang bertungkus lumus membanting tulang menyara keluarga masing-masing....

Fikir-fikirkanlah...