Sunday, December 14, 2008

Bukit Antarabangsa Bergegar Lagi!!


Kira2 jam 4 pagi 6hb Disember 2008..penduduk di Taman Bukit Mewah dan Tama Bukit Utama di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang menangis lagi. Kejadian tanah runtuh telah meranapkan 14 buah banglo di 2 taman tersebut dan mengorbankan 4 orang termasuk seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Kejadian tanah runtuh ini akan sentiasa diingati kerana ianya berlaku menjelang 5 hari ulang tahun ke 15 tragedi runtuhan Highland Tower pada 11 Disember 1993. Lokasi kejadian tanah runtuh ini berlaku dalam lingkungan jarak 1.5 km dari tlokasi tragedi Higland Tower...
Berikutan kejadian tersebut...pelbagai pihak saling tuduh menuduh menyalahkan orang lain...penduduk menyalahkan kerajaan...kerajaan menyalahkan pemaju...pemaju menyalahkan penduduk...tetapi yang pastinya...mengapa projek perumahan di kawasan bukit ini sentiasa menjadi perhatian dan menarik minat golongan2 elit untuk menduduki penempatan di kawasan tersebut? Mengapa pihak pemaju cenderung untuk membina penempatan di kawasan tersebut? dan mengapa projek2 ini boleh diluluskan? Semua ini salah siapa...jangan menjadi seperti "bangau oh bangau"...

Kalau diikutkan statistik, kejadian tanah runtuh yang berlaku di sekitar kawasan Ulu Klang telah berlaku 5 kes termasuk yang terbaru ini...

1. 11 Disember 1993...tragedi Highland Tower mengorbankan 48 nyawa...
2. 25 Disember 1997..kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Ampang-Hulu Kelang mengorbankan 3 nyawa...
3. 20 November 2002..Banglo milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar di Taman Hillview ranap akibat tanah runtuh dan mengorbankan 6 anggota keluarga beliau dan 2 orang pembantu rumah. Lokasi kejadian kira2 300meter dari lokasi Highland Tower.
4. 31 Mei 2006...49 buah rumah ranap dan 4 sekeluarga terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kg Pasir, Hulu Klang.

Perkara yang berlalu biarkan berlalu....jadikan ini sebagai iktibar dan pedoman di masa akan datang....jangan biarkan perkara ini berulang dan menjadi episod hitam negara kita.
Takziah kepada keluarga mangsa...bagi penduduk yang terselamat...fikir-fikirkanlah...

3 comments:

Aiman said...

terima kasih atsa pengetahuan saudara namun pada pandangan saya kejadian ini adalh balasan buat merka yang tidak diketahui samada bekerja dengan baik atau hanya mengambil yang bukan hak.

CIVIC Power said...

Ehm pasal tanah runtuh nie.. Err.. sblum nie cuaca kt mmg x menentu disebabkan banyk hari asik hujan aje. Mengikut kajian pulak. Hujan yang menimpa kwasn2 lereng bukit dan angin yang kuat di kwsn itu mengakibatkan kejadian tanah runtuh kat bukit antrabagsa tempoh hari.
Angin yang bertiup mnolak pkok2 besar dan membawa tanah trus menuruni lereng bkit antarabangsa.

P/s: marilah kt berdoa kepadaNYA agar diampuni segala dosa2 orang2 mukmin.

My Name Is Han said...

manusia muda lupe...
huhuhuu!!