Tuesday, December 16, 2008

Sathia dan Bola Sepak Malaysia


FAM kekal sentuhan Sathianathan:
Kontrak setahun bersyarat, tingkatkan ranking dunia PENYINGKIRAN yang dijangka, sambungan kontrak pula menjelma. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam memutuskan untuk menawarkan sambungan kontrak setahun buat jawatan ketua jurulatih negara kepada B Sathianathan. Namun sambungan ditawarkan Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan FAM itu hadir bersyarat – peningkatan ketara skuad negara dalam ranking dunia serta prestasi memberangsangkan pada pusingan kelayakan Piala Asia 2011, bermula bulan depan.

Pada akhbar Harian metro hari ini mendedahkan pengakuan ikhlas daripada bekas pemain kebangsaan...Sarbageth Singh @ Shebby yang secara terang2 kecewa dengan tindakan FAM melanjutkan kontrak ketua jurulatih negara B.Sathianathan. Menurut beliau...FAM masih tidak ada cita2 untuk menaikkan ranking negara dan lebih cenderung untuk melihat pasukan kebangsaan tewas dalam perlawanan.....

Saya bersependapat dengan Shebby...bukan untuk menunjukkan saya ini pandai dalam permainan bolasepak...atau juga untuk mengaibkan mana2 pihak...tetapi ini adalah cetusan rasa tidak puas hati dari seorang rakyat Malaysia yang cintakan Negara dan pasukan bolasepak Kebangsaan...

Apa yang saya dapat lihat sepanjang penglibatan B.Sathianathan dalam melatih skuad kebangsaan tidak ada yang dapat dibanggakan sangat melainkan melayakkan diri ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2008 yang lalu...kemudian tewas kepada pasukan Vietnam u-23.

Apa yang saya perhatikan...yang tidak memuaskan hati saya ialah kecenderungan jurulatih B.Sathianathan dalam memilih pemain yang menyarung jersi skuad kebangsaan. Rata2 pemain yang mewakili pasukan Malaysia adalah pemain dari pasukan yang tidak cemerlang dalam Liga Malaysia. Kalau difikirkan secara logik akal...jika pemain sesebuah pasukan itu berkebolehan dan bagus...tentu pasukan itu akan mengebudi carta teratas liga...tetapi pemain2 dari pasukan tersebut yang mewarnai pasukan kebangsaan. Di manakah timbang rasa akal logik seorang jurulatih dalam memilih pemainnya? Sedangkan pemain2 dari pasukan yang berada persada Liga dan menjuarai liga tersisih dari menyumbang bakti kepada negara..

Pada pengamatan saya hanya 4 orang pemain sahaja yang bermain untuk skuad kebangsaan yang betul2 layak...Safee Sali, Indra Putra Mahyuddin, Hardi Jaafar dan Norhafiz Zamani Misbah....yang lain2 hanyalah sekadar menghiasi padang dengan gaya rambut dan fesyen seolah olah dia adalah pemain yang hebat dan bagus....

Persoalan saya....mengapakah tidak disenaraikan Khyril Muhymeen sebagai kesebelasan utama? Mengapakah tidak disenaraikan Badrul Bakhtiar (Kedah) yang telah menimba ilmu di Chelsea? Kedua-dua pemain dari pasukan Liga Super Kedah ini adalah pemain yang sangat lincah di atas padang dan mampu mengucar kacirkan kubu pertahanan lawan...Victor Andrag merupakan seorang pemain pertahanan yang mantap dan gandingan beliau bersama Cornellius Bernard Huggings suatu masa dulu menjadikan pasukan Kedah kebal di bahagian pertahanan. Bukannya saya hendak bersikap pilih kasih kerana saya berasal dari Kedah dan penyokong setia skuad Hijau Kuning, tetapi itu adalah kenyataan yang harus diterima..mengapa perlu dipinggirkan pemain2 yang mempunyai bakat semulajadi bermain bolasepak yang bagus?

B.Sathianathan dikatakan bebas untuk memilih pemainnya sendiri tanpa campurtangan daripada mana2 pihak termasuklah daripada Majlis Tertinggi FAM sendiri...Namun apa yang dapat diperhatikan, barisan pemain majoritinya adalah pemain yang sama bermain untuk skuad kebangsaan 3, 4 tahun yang lepas sedangkan jurulatihnya bertukar ganti...asyik2 muka yang sama...walau tidak dapat menjaringkan gol dalam liga tetap juga disenaraikan....mengapa boleh jadi begitu?

Saya berharap..FAM tidak lagi menggadaikan maruah bolasepak Malaysia dengan melantik individu yang tidak berkelayakan untuk mengemudi Skuad Harimau Malaysia.
Fikir-fikirkanlah....

Monday, December 15, 2008

TOYOTA CAMRY 2.4













Assalamualaikum.....

Semalam aku ada terbaca berita dalam paper Kosmo..."Camry mahal: Exco salahkan Kerajaan Pusat"...dan isi kandungannya membuatkan aku tersenyum sinis...

"Exco Perak menyalahkan Kerajaan Pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga yang tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi"

Pergh...Toyota Camry 2.4 tu...memang kereta idaman aku jugak 2. Siapa dalam dunia ni tak mau pakai kereta hebat macam tu kan...tapi kalau nak naik kereta macam tu kena la ada 'income' yang lebat ye tak...kalau setakat kerja makan gaji macam aku ni susah la sket nak beli. Tapi Exco Kerajaan Perak dah nak beli kereta tu...16 buah pulak tu...hebat-hebat. Dari mana lah agak-agaknya Kerajaan Negeri Perak dapat duit sebanyak tu kan...mungkin barisan Exco2nya memang banyak duit kot.

Diorang cakap keputusan untuk nak beli Toyota Camry 2.4 tu kerana kos penyenggaraan Proton Perdana Executive V6 yang terlalu membebankan...(macam pernah dengar ja ayat ni kan)...dan bertujuan untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi kos pembaikan..hahaha....alasan yang paling tidak dimasuk dek akal...

Ayat-ayat macam ni la yang membuatkan aku rasa macam nak tergelak. Kalau Kerajaan negeri Perak beli Toyota Camry 2.4 itupun apa yang rakyat negeri Perak dapat? Bertepuk tangankah mereka apabila Kerajaan Negeri Perak membelanjakan wang mereka untuk membeli Toyota Camry 2.4 untuk keselesaan sendiri? Berbanggakah mereka apabila melihat barisan Exco Negeri Perak menyusur laju dihadapan mereka dengan Toyota Camry 2.4 itu?

Kalau benarlah hendak mengurangkan kos perbelanjaan penyenggaraan kereta...mengapa perlu Toyota Camry 2.4 yang mencecah kos RM167,000.00 sebuah? Kan masih banyak lagi kenderaan yang jauh lebih murah daripada Toyota Camry 2.4 tersebut mengapa tidak memilih yang murah?

Menteri Besar Perak..Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata Kerajaan Negeri akan mengeluarkan RM 2.7 juta untuk membeli kereta tersebut....di zaman kegawatan ini masih ada lagi orang yang sanggup membelanjakan wang dan amanah orang lain untuk keselesaan dan kesenangan sendiri sedangkan rakyat sedang bertungkus lumus membanting tulang menyara keluarga masing-masing....

Fikir-fikirkanlah...

Sunday, December 14, 2008

Bukit Antarabangsa Bergegar Lagi!!


Kira2 jam 4 pagi 6hb Disember 2008..penduduk di Taman Bukit Mewah dan Tama Bukit Utama di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang menangis lagi. Kejadian tanah runtuh telah meranapkan 14 buah banglo di 2 taman tersebut dan mengorbankan 4 orang termasuk seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Kejadian tanah runtuh ini akan sentiasa diingati kerana ianya berlaku menjelang 5 hari ulang tahun ke 15 tragedi runtuhan Highland Tower pada 11 Disember 1993. Lokasi kejadian tanah runtuh ini berlaku dalam lingkungan jarak 1.5 km dari tlokasi tragedi Higland Tower...
Berikutan kejadian tersebut...pelbagai pihak saling tuduh menuduh menyalahkan orang lain...penduduk menyalahkan kerajaan...kerajaan menyalahkan pemaju...pemaju menyalahkan penduduk...tetapi yang pastinya...mengapa projek perumahan di kawasan bukit ini sentiasa menjadi perhatian dan menarik minat golongan2 elit untuk menduduki penempatan di kawasan tersebut? Mengapa pihak pemaju cenderung untuk membina penempatan di kawasan tersebut? dan mengapa projek2 ini boleh diluluskan? Semua ini salah siapa...jangan menjadi seperti "bangau oh bangau"...

Kalau diikutkan statistik, kejadian tanah runtuh yang berlaku di sekitar kawasan Ulu Klang telah berlaku 5 kes termasuk yang terbaru ini...

1. 11 Disember 1993...tragedi Highland Tower mengorbankan 48 nyawa...
2. 25 Disember 1997..kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Ampang-Hulu Kelang mengorbankan 3 nyawa...
3. 20 November 2002..Banglo milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar di Taman Hillview ranap akibat tanah runtuh dan mengorbankan 6 anggota keluarga beliau dan 2 orang pembantu rumah. Lokasi kejadian kira2 300meter dari lokasi Highland Tower.
4. 31 Mei 2006...49 buah rumah ranap dan 4 sekeluarga terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kg Pasir, Hulu Klang.

Perkara yang berlalu biarkan berlalu....jadikan ini sebagai iktibar dan pedoman di masa akan datang....jangan biarkan perkara ini berulang dan menjadi episod hitam negara kita.
Takziah kepada keluarga mangsa...bagi penduduk yang terselamat...fikir-fikirkanlah...

Thursday, December 4, 2008

Tanah Runtuh Lagi

MUSNAH... Kejadian tanah runtuh di tempat letak kereta terbuka bersebelahan bangunan Commerce Square di Jalan Semantan, Damansara, Kuala Lumpur, semalam mengakibatkan dinding konkrit setinggi 21 meter ranap dan menimbus 11 buah kenderaan. (petikan dari Utusan Malaysia 4 Disember 2008)

Kes tanah runtuh lagi. 1hb Disember 2008 ari 2 kita dah digemparkan dengan kematian 2 kanak2 akibat dari tananh runtuh yang menghempap rumah mereka di ulu yam, Selangor. Kesian....semasa mayat mereka dijumpai..mangsa sedang memeluk teddy bearnya...sadis.

Hari ni 4hb Disember 2008 pun ada tanah runtuh kat KL. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Kepada seluruh rakyat Malaysia sekalian...sekarang ni kan musim hujan, jadi berhati-hatilah. Kita tak mau perkara2 buruk terjadi lagi. Kepada penduduk yang mendiami kediaman di sekitar lereng2 bukit diharap lebih berwaspada kerana malang tidak berbau.

Kepada pihak berkuasa tempatan...diharap dapat memantau kawasan2 kediaman di sekitar lereng2 bukit. Tolong pastikan kawasan lereng bukit tersebut selamat diduduki. Selalunya kawasan lereng2 bukit ni akan ditanam dengan rumput2 agar tidak berlaku gelinciran tanah. Ada jugak kawasan lereng bukit yang ada depa buat konkrit...tapi macam kat Highway Utara-Selatan dekat Gua Tempurung dulu buat konkrit jugak...tapi pecah jugak. Itulah kuasa Allah yang tak dapat ditandingi oleh mana2 kontraktor ataupun engineer yang terrer dan hebat tu.

Jadi, berdoalah kepada Allah....sujudlah menyembah-Nya kerana tidak ada sesiapa di dunia ini yang boleh memberi perlindungan kepada kita melainkan Dia sahaja. Mohonlah kepada-Nya agar diberikan perlindungan dan keselamatan di dunia ini.

Amin....

Tuesday, December 2, 2008

Harga Minyak Turun Lagi 10 sen: Tanda Kerajaan Prihatin

Alhamdulillah...harga minyak turun lagi. Kalau sebelum ni semua orang merungut sebab harga minyak terlampau mahal tapi sekarang semua orang dah senyum. 3hb Disember 2008 Kerajaan telah umumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen setiap liter menjadikan ianya penurunan kali yang ke-6 dalam tempoh 6 bulan.

Kalau kita 'flashback' masa mula2 Kerajaan naikkan harga petrol sebanyak 78sen dan diesel sebanyak Rm 1 seliter pada 4hb Jun 2008, ramai yang marahkan Kerajaan. Rakyat kata Kerajaan zalim. Padahal situasi menunjukkan Kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain dari menaikkan harga runcit petrol dan diesel. Pada masa tersebut, harga minyak mentah di pasaran dunia telah meningkat hingga mencecah US$130 setong. Itulah rasionalnya.

Hari ini, 3hb Disember 2008, harga runcit petrol telah menurun kepada RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Ini berikutan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia telah menurun kepada US$51.02 setong. Terima kasih kepada Kerajaan yang prihatin kepada bebanan rakyat.

Jadi, sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan mempunyai rasionalnya yang tersendiri. Sebelum membuat sesuatu spekulasi, kita harus fikirkan dulu tentang pro dan kontranya. Sama2lah kita menjaga keharmonian dan keamanan negara kita.

Wassalam....adios amigos....hasta lavista.