Thursday, May 28, 2009

PERBEZAAN : PENANTI & MANEK URAI




Assalamualaikum.....
Hmmmmm....tahun ni memang banyak sungguh la Pilihanraya Kecil.
Memula dulu 3 PRK serentak...Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sebab terjadinya pilihanraya kecil ni sebab kat Bukit Selambau, ADUN dia letak jawatan sebab dia kata dia ngan famili dia kena ugut...hmmm....betoi la kot. PRK Bukit Selambau menyaksikan pertembungan 15 penjuru iaitu BN, PKR dan 13 calon BEBAS....record tu....dan yang menang YB Manikumar dan kesemua calon BEBAS yang bertanding hilang wang pertaruhan....
Kat Bukit Gantang pulak, ADUN dari PAS meninggal dunia. Jadi bila kerusi DUN kosong, kena la ada pilihanraya....jadi bertandingla PAS, BN dan BEBAS...dan menang kat PAS iaitu Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin. BEBAS pun hilang wang pertaruhan.
Kat Batang Ai, Sarawak pun Wakil Rakyat meninggal jugak....dan inilah sesatunya PRK yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional mengalahkan calon PKR.

Yang menariknya....lebih kurang sebulan lepaih tu....ada la sorang ADUN PKR, YB Fairuz yang jugak Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang rasa teringin nak pi sambung blajaq.....jadi dia pun letak la jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan juga ADUN Penanti....dia nak pi sambung belajaq kat Uganda kot sampai nak kena letak jawatan tu...Wallahualam..macam2 la depa ni dok ngarut kan....jadi kosong la kerusi DUN Penanti tu sampai la PRK Penanti pada 31 April 2009. Tapi by -Election ni special sikit sebab BN xmau bertanding....yalah...mana nak bertanding...asik dok gaduh nak buat Pilihanraya ja...depa ni xdak keja lain ka? Orang dah pilih depa pastu letak jawatan pulak....mengelat sungguh....nak tunjuk kata depa ni dapat sokongan rakyat la tu konon....taktik apa la....menipu amanat rakyat Penanti. Piiiirah....jadi bertandingla calon PKR, Dr Mansor Othman ngan 3 orang calon BEBAS..
Bila dah tau BN xmau bertanding, apa lagi....macam2 tuduhan PKR buat kat BN...kata BN takut kalah la...BN dah tak boleh pakai la....pengecut la...macam2 lagi lah...kata la apa pun...
Cuba la pikiaq tengok...buat apa BN nak bertanding kalau PRK Penanti tu sengaja direka-reka oleh PKR untuk kepentingan politik sendiri...alasan letak jawatan xmunasabah langsung....ni..banyak keja lain boleh buat lagi la...lagi orang Penanti nak undi PKR ka? xpayah la....baik la undi calon BEBAS...lagipun kesian la kat depa asik dok hilang duit pertaruhan ja...bagi depa menang pulak kan...hmmm...jadi...PRK Penanti menjadi titik tolak perubahan rakyat di Penanti untuk menentukan untung nasib calon2 BEBAS yang bertanding.

Dan baru2 ni...ADUN Manek Urai, Kelantan, YB Ismail Yaakob telah meninggal dunia lalu terjadilah kekosongan kerusi DUN Manek Urai. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham....al-Fatihah.
Jadi SPR mengesahkan ada PRK di Manek Urai pada 14 Jun 2009...tapi yang ni BN bertanding..haaa....pasaipa? Nak tau pasaipa kat Penanti BN xmasuk tapi kat Manek Urai masuk sedangkan di Kelantan memang diketahui dari dulu lagi dipegang PAS? Sebab:
1. PRK Penanti sengaja diada-adakan oleh PKR untuk mengukuhkan pengaruh politik mereka. Sedangkan kekosongan di Manek Urai adalah atas sebab yang xdapat dielakkan, kematian.
2. BN xmasuk di Penanti bukan sebab takut tetapi prinsip dan tidak mahu membebankan rakyat....jadi atas prinsip itulah BN tetap bertanding di Manek Urai walaupun mengetahui peluang untuk menang adalah tipis.

Itulah bezanya PRK Penanti dan PRK Manek Urai....boleh beza kan? kalau xboleh beza pi masuk sekolah lain....ha...nanti pasai result di Penanti saya post lain...
Wassalam....sama-samalah kita fikirkan....

No comments: