Monday, February 9, 2009

Jangan Biadap



Assalamualaikum w.b.t.

Seminggu yang berlalu menyaksikan satu pergolakan politik telah melanda negara kita yang tercinta khususnya di negeri Perak.

Pergolakan politik yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak telah tumbang kepada kerajaan Barisan Nasional di mana 3 daripada ADUN Pakatan Rakyat, 2 daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 1 daripada DAP telah keluar daripada parti dan menyokong Barisan Nasional di bawah payung BEBAS.

Senario ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada seluruh rakyat negeri Perak dan tempiasnya turut dirasai seluruh rakyat Malaysia. Sudah menjadi resam....permainan politik adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka...bak kata pepatah yang selalu dimainkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai!' Dan inilah yang sedang dihadapi beliau dan seluruh parti komponen di dalam Pakatan Rakyat. Ombak besar telah melanda politik negeri Perak yang menyaksikan sebilangan golongan telah tenggelam bersamanya...termasuklah segelintir penyokong Parti Pakatan Rakyat yang telah jauh hanyut sehingga telah melupakan asal usul dan susur galur bangsa Melayu sehingga sanggup bertindak biadap terhadap Institusi Kesultanan Perak. Alangkah sedihnya apabila melihat orang2 Melayu dan Islam berhimpun dan merusuh di jalanan, menghina Sultan Azlan Shah...dan menghalang Raja Muda Dr Nazrin daripada memasuki Istana.

Lupakah mereka akan adab dan sopan? Lupakah mereka kepada hukum dan hakam? Islam tidak mengajar umatnya untuk bermusuh sesama Islam....berlebih lagi kepada Pemimpin yang beragama Islam. Ambillah iktibar daripada penderitaan rakyat Palestine yang dizalimi Yahudi...itu sebenarnya musuh Islam...bukan sesama Islam. Penduduk seluruh dunia melihat segala perilaku umat2 Islam...dan mereka juga melihat orang2 Islam..berketayap putih di atas kepala merusuh di jalanan, membaling batu kepada polis dan menghina Sultan....dan cuba anda semua fikirkan...apakah tanggapan mereka kepada umat Islam? Jangan melenting kalau umat Islam di Malaysia khususnya dilabel sebagai pengganas dari mata mereka kerana inilah yang ditunjukkan oleh kita kepada mereka..bagaimana umat Islam hendak dihormati sekiranya beginilah tingkah laku kita.....sedarlah wahai saudara2ku....jangan diperkecilkan lagi kesucian agama Islam....melaung takbir penuh bersemangat tetapi tidak ditempatnya....

Saya ini bukannya hendak mengajar...tetapi sebagai seorang Melayu dan Islam...saya berasa marah dan malu dengan penyokong Parti Pakatan Rakyat yang telah menjatuhkan martabat orang Melayu dan Islam. Juga menjatuhkan maruah Kesultanan Melayu.

Fikir-fikirkanlah.....Assalamualaikum w.b.t.

4 comments:

CIVIC Power said...

Tule tuan,
Dame nie da macam boneka je.
X seorang DAP pun teman tengok wat rusuhan tu.. rata2 orang PAS kuala yang ramai.. sob2X

lama x update blog tuan

Aiman said...

=) macam bangang je mereka yang ta sadr diri itu ha3x

Kakashi Sensei said...

baru je terbuka hati nak update blog ni bila ada isu2 yang menjatuhkan maruah melayu ni...

Anonymous said...

Hi
cheap nolvadex
As for the side effects of using Nolvadex, they are usually relatively mild and rarely severe making it bearable enough not to be required discontinuation of treatment in breast cancer patients.
[url=http://www.alampal.com/]buy nolvadex online[/url]
4 mg of tamoxifen citrate which is equivalent to 20mg of tamoxifen in a single tablet.
http://www.alampal.com/ - generic nolvadex
What is Nolvadex used for?Order Nolvadex at discounted price.