Monday, April 6, 2009

JANGAN JADI BODOH!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......(kalau nak bagi salam pun biar la betul dulu, jangan main hentam kromo ja)

Saya sedih sangat....tersangat la sedih melihat Islam kini sudah dipermainkan dan dipersendakan oleh orang bukan Islam semata-mata untuk tujuan politik.
Bertambah-tambah sedih bila ada orang Melayu dan Islam yang menyokong dan mempertahankan tindakan Nga Kor Ming yang membaca potongan ayat al-Quran dan membaca di khalayak yang rata-ratanya orang Islam dan mereka pula bersorak gembira. Boleh tak tuan2 yang mempertahankan tindakan Nga Kor Ming tersebut terangkan kepada saya....adakah surah Aura dalam Al-Quran? Betul ka bacaannya? Betul ka tajwidnya?

Ya...memang betul la dia tak berdosa kalau baca salah pun sebab dia dah memang tak termasuk dalam golongan kita yang beragama Islam ni...depa kalau makan b..i dan minum arak pun tak salah....kalau depa berkhalwat dengan orang Islam dan kena tangkap pun depa terlepas...orang Islam yang kena...saya tak mau la cakap lebih-lebih sebab nanti akan menimbulkan sentimen2 lain pulak. Paham tak ni?

Lagi satu, memang la tak salah orang bukan Islam membaca ayat2 al-Quran, tapi kalau kita imbas balik dulu-dulu...orang bukan Islam ni baca al-Quran untuk mengkaji isi kandungan al-Quran untuk tujuan ilmu. Di dalam al-Quran ni ada pelbagai panduan kehidupan untuk setiap insan di muka bumi ini. Orang bukan Islam kaji untuk dapat ilmu hinggakan bila depa memahami isi kandungan al-Quran itu depa sendiri dengan rela hati memeluk agama Islam yang suci ini. Bukannya dibaca semata-mata untuk tujuan politik yang busuk ni!!!!! Bodoh!!!!!
(maaf....saya betul2 marah)
Betapa indahnya ayat2 al-Quran ini bila dibaca dengan memahami setiap terjemahannya. Mengapa kita nak membiarkan orang yang tidak beriman ini merosakkan keindahan al-Quran dan Islam itu sendiri...malang sungguh kepada sesiapa yang menyokongnya.

Justeru, saya menyeru kepada sesiapa yang pernah terlintas dihati mereka untuk menyokong Nga Kor Ming ni....fikir-fikirkanlah semula...jangan disebabkan terlalu taksub dengan politik ni kita pun terikut nak jadi bodoh jugak...jangan jadi bodoh la...tuan2 ada otak dan akal yang Allah dah kurniakan ni, gunalah untuk berfikir...jangan dok buat perhiasan ja.

Fikir-fikirkanlah.




No comments: